Sunday, 25 September 2016

PENGENALAN


NAMA: Muhamad Irfan Shyamimie Bin Mohd Fauzi
NO MATRIX: 16DEE16F1020
KELAS: DEE1A
SESI: Jun 2016


NAMA: Muhammad Irfan Fahmi Bin Shaharudin
NO MATRIX: 16DEE16F1010
KELAS: DEE1A
SESI: Jun 2016


NAMA: Muhammad Afiq Bin Khanuar

NO MATRIX: 16DEE16F1018
KELAS: DEE1A
SESI: Jun 2016


NAMA: Muhammad Nor Syafiq Bin Norzailan

NO MATRIX: 16DEE16F1019
KELAS: DEE1A
SESI: Jun 2016



isu semasa perpaduan Malaysia (LOWYAT)



Isu pergaduhan di pusat membeli belah elektronik terkemuka bukanlah isu perkauman seperti yang digembar gemburkan beberapa blog dan media sosial.
Laporan polis yang diberikan kepada TheSkop menunjukkan fakta sebenar kes seperti di bawah selepas aduan dilakukan pengawal keselamatan bertugas di plaza tersebut.
Fakta Kes :
Pada 11/07/15 jam lebih kurang 1950hrs semasa pengadu berada di tingkat bawah Plaza Lowyat KL telah datang 7 lelaki Melayu yang tidak dikenali memasuki kedai telefon bimbit Oppo dan memecahkan peralatan yg terdapat dalam kedai tersebut. Pekerja di dalam kedai turut dipukul. Kerugian dialami lebih kurang RM70,000. Pengadu datang ke balai polis buat laporan polis.
Tindakan polis :
Siasatan awal dapati kejadian ini berpunca drpd tidak puashati salah seorang lelaki Melayu yang telah ditahan oleh pengawal keselamatan Plaza Lowyat kerana telah mencuri telefon bimbit di kedai tersebut dan kemudiannya tangkapan telah diserahkan kpd polis. Lanjutan kejadian ini, salah seorang lelaki Melayu tidak berpuashati dan telah memanggil kawan-kawannya datang memecahkan barang-barang di dalam kedai itu. Sehingga kini seorang lelaki Melayu berjaya ditangkap . 

Dakwaan menyatakan ia melibatkan penjualan telefon klon oleh Oppo juga tidak berasas.
Seorang eksekutif Oppo yang tidak mahu dikenali berkata adalah mustahil Oppo yang tegas mempromosi kempen mengelak membeli barang tiruan sendiri yang berbuat demikian.
Bagaimanapun, Oppo tidak akan memberi kenyataan rasmi setakat ini

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengesahkan bahawa kejadian ini berpunca daripada kes curi. Menurut beliau lagi, kes ini tidak melibatkan penipuan oleh penjual.
Ia berkenaan dua orang lelaki yang mencuri telefon di tingkat atas, kemudian lari ke tingkat bawah tetapi dapat ditangkap oleh pekerja Oppo. Kemudian mereka telah diserahkan kepada polis dan dibawa ke balai. Tetapi, seorang lelaki telah dibebaskan tanpa merujuk kepada pegawai kanan. Kemudian, lelaki yang dibebaskan ini menyebarkan cerita palsu, dia telah ditipu ketika membeli telefon di situ.
Polis kini memantau semua laman media sosial dan akan mengambil tindakan segera menangkap mereka yang sengaja menyebarkan berita palsu dan tidak benar, yang boleh mengakibatkan rusuhan. Kes ini tidak berkaitan langsung dengan perkauman. Polis kini telah menangkap 19 orang berkaitan kes ini

https://youtu.be/K9Vvlgqin8A

MAJLIS PERUNDINGAN NEGARA ( MAPEN )


-Ditubuhkan pada bulan Januari 1970

-Dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak.

Tujuannya adalah untuk membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia.
-Ahli-ahli majlis ini terdiri daripada wakil-­wakil: 
a) Menteri­-menteri yang menganggotai MAGERAN.
                      b) Kerajaan-­kerajaan Negeri.
                      c) Parti­-parti Politik. 
                      d) Sabah dan Sarawak. 
                      e) Kumpulan-­kumpulan Agama. 
                      f) Badan­-badan Profesional. 
                      g) Perkhidmatan Awam. 
                      h) Kesatuan Sekerja Dan Persatuan Majikan. 
                      i) Wartawan. 
                      j) Persatuan Guru-­guru. 
                      k) Kumpulan Minoriti. 
  Fungsi utama  Majlis Perundingan Negara ini
- Untuk meneliti isu-isu perpaduan negara
        - Mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan pelbagai kaum.

      Ia juga bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi kaum di Malaysia.  

PEMBENTUKAN MAJLIS MUHIBAH





1)   Ditubuhkan atas arahan daripada MAGERAN. 
2)   Diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.
3)    Diadakan di setiap peringkat iaitu peringkat pusat, daerah negeri dan kawasan.
4)    Bertujuan untuk memastikan matlamat penubuhan majlis ini berjaya di segenap lapisan masyarakat Malaysia.

5)     Berperanan untuk menggalakkan perkembangan muhibah di kalangan  pelbagai kaum dan berusaha ke arah memulih kembali kepercayaan dan keyakinan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia yang telah musnah akibat peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Saturday, 20 August 2016

Mageran

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.
Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.

Persepsi

Kalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China.
Pada tahun 2007, satu buku — May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan bekas ahli parlimen Kua Kia Soong — telah diterbit oleh Suaram. Berdasarkan dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh "ascendent state capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan Tunku Abdul Rahman.[8]
Bagaimanapun ia hanyalah merupakan suatu pendapat sahaja atau cerita dari sebelah pihak lain yang belum lagi pernah dibuktikan kesahihan atau sebaliknya.
Satu lagi persepsi yang kurang tepat disebarkan ialah penglibatan Lim Kit Siang dalam peristiwa 13 mei ini. Menurut Penasihat DAP itu, beliau tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13hb Mei 1969.[9]
"Saya masa itu bertanding di Bandar Melaka, dan berada di pusat pengiraan undi di Melaka sehingga awal pagi 11hb Mei 1969 kerana menunggu keputusan, hanya kembali kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada 11hb Mei (hari Ahad)," kata Lim.[10]
Pada hari Isnin seterusnya, iaitu 12hb Mei 1969, beliau pulang ke Bandar Melaka untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di perarakan terima kasih kepada pengundi pada petang dan menghadiri satu rapat umum terima kasih kepada pengundi pada sebelah malamnya.
Kedua-dua acara itu katanya telah berlangsung secara aman.
"Saya mungkin merupakan satu-satunya wakil rakyat dalam tahun 1969 yang sempat mengadakan perarakan dan rapat umum berterimakasih kepada pengundi selepas pilihan raya kerana saya telah menempah tiket untuk terbang ke Sabah pada awal pagi hari Selasa, 13hb Mei 1969 untuk membantu dalam kempen pilihanraya calon-calon bebas di situ, kerana pada masa itu, hari mengundi Sabah dan Sarawak adalah diadakan seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan di Semenanjung.
"Semasa saya berucap di rapat umum di Kota Kinabalu pada malam 13 Mei, barulah saya terima berita bahawa huru hara Mei 13 telah berlaku di Kuala Lumpur," kata Lim.
Beliau juga memberitahu, dalam ucapan pertamanya di Parlimen pada 23 Februari 1971 setelah beliau dibebaskan daripada tahanan ISA pertamanya, serta selepas Parlimen dipulihkan, semasa membahas Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan 1971, beliau telah menyeru supaya satu Suruhanjaya Parlimen ditubuhkan.
"Saya meminta suruhanjaya ini yang keahliannya termasuk wakil-wakil bukan Ahli Parlimen yang dihormati dalam bidang mereka masing-masing, untuk antara lain, 'mengenal pasti punca rusuhan Mei 13' dan 'membuat cadangan bagaimana untuk mencegah berulangnya rusuhan kaum Mei 13' di masa depan, dan menghentikan masalah polarisasi kaum di Malaysia'," kata Lim.

Panggung Odeon

Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan.[7] Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.[perlu rujukan]
Pemuda yang bernama Rahim Desa bersama seorang kawannya yang berjawatan kapten ketika itu yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem They Came To Rob Las Vegas arahan Antonio Isasi-Isasmendi.
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.
Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai.